Search SYABAS  
Home » Media »

Media :: Press Release

TENAGA NASIONAL BERHAD BUKAN LAGI AGEN PENERIMAAN PEMBAYARAN BIL AIR SYABAS
 

 

KENYATAAN MEDIA

 

Kuala Lumpur - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Jun 2015, pembayaran untuk bil air SYABAS tidak boleh lagi dilakukan di semua kaunter pembayaran milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) termasuk mana-mana ejen lantikannya.

Keputusan ini hasil rundingan bersama di antara SYABAS dan TNB. Sehubungan itu mulai tarikh yang sama juga pembayaran bil elektrik TNB tidak lagi diterima di semua Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat SYABAS (OSCS).

Bagaimanapun, pelbagai saluran pembayaran bil air sediada yang lain kekal memberikan perkhidmatan kepada semua pengguna SYABAS bagi urusan pembayaran bil air sama ada secara tunai atau melalui cek. Urusan ini adalah di semua Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat SYABAS (OSCS) dan agensi kutipan rasmi seperti berikut:-


Bil. AGENSI KEMUDAHAN DITAWARKAN


1 HSBC Bank Malaysia Berhad Perbankan Telefon, Perbankan Internet, Perbankan Melalui Telefon Secara Automatik (ATB), Perbankan Melalui Telefon Secara Individu (PTB)
2 Public Bank Berhad ATM, Perbankan Internet, Perbankan Telefon, Mesin Deposit Tunai, Mobile Banking
3 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd ATM, Kaunter bayaran
4 RHB Bank Berhad ATM, Perbankan Internet
5 CIMB Bank Berhad ATM, Perbankan Internet, Mesin Deposit Tunai, Standing Instruction/ Auto Billing
6 Maybank Berhad ATM, Perbankan Internet Maybank2u, Credit Card- Maybank2u portal, Perbankan Melalui Telefon (Kawanku)
7 AGRO Bank ATM, Kaunter bayaran, Auto Debit
8 MBf Cards Services Sdn Bhd Perbankan Internet, Perbankan Telefon, Kaunter Bayaran
9 AmBank (M) Berhad ATM, Perbankan Internet, Perbankan Telefon
10 Hong Leong Bank Berhad ATM, Perbankan Internet, Perbankan Telefon
11 Bank Islam Malaysia Berhad ATM, Perbankan Internet
12 Affin Bank Berhad ATM, Perbankan Internet
13 Kuwait Finance House (M) Bhd Perbankan Internet
14 UOB Bank Perbankan Internet, Auto Debit
15 Bank Muamalat Perbankan Internet, ATM
16 Citibank Berhad Perbankan Internet Melalui Kad Kredit
17 Bank Simpanan Nasional Kaunter bayaran, ATM, Pesanan Ringkas, Perbankan Internet,
Mesin Deposit Tunai, Ejen Bank Berdafar
18 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Kaunter bayaran
19 Majlis Perbandaran Klang Kaunter bayaran
20 Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kaunter bayaran
21 POS Malaysia Berhad Kaunter bayaran, Perbankan Internet (POS online)
i. Debit akaun/Kredit Kad (Visa), POS self service terminal (PAM)
ii. Kredit Kad Visa (menerusi kaunter)
22 Mobile Money SMS
23 AEON Credit Services Kaunter servis
24 I-Serve Kios
25 Paylink Global Kios
26 Mobilityone Sdn Bhd Kedai-kedai terpilih


Dalam pada itu, bagi pengguna yang memilih untuk melakukan urusan pembayaran bil air di Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat SYABAS , waktu operasi adalah dari jam 9 pagi hingga jam 4:30 petang (Isnin hingga Jumaat) di lokasi berikut:-


Bil. PEJABAT SYABAS KAUNTER PERKHIDMATAN SETEMPAT


1 SYABAS Petaling Jalan Templer, Petaling Jaya
2 SYABAS Kuala Lumpur Jalan Pantai Baru
3 SYABAS Gombak Bandar Baru Selayang
4 SYABAS Klang Jalan Kota, Klang
5 SYABAS Hulu Langat Jalan Semenyih, Kajang
6 SYABAS Hulu Selangor Bangunan Perpustakaan, Jalan Syed Mashor, KKB
7 SYABAS Kuala Langat Telok Datok, Banting
8 SYABAS Kuala Selangor Jalan Kelang, Kuala Selangor
9 SYABAS Sabak Bernam Jalan Besar, Sg. Besar
10 SYABAS Sepang No 29 Jln 6 Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi

SYABAS merupakan satu-satunya syarikat utiliti di negara ini yang menawarkan Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat (OSCS) dan operasi pusat perkhidmatan ini hanya ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. OSCS ini memudahkan dan memendekkan tempoh masa yang diperlukan oleh pengguna untuk membuat urusan tersebut.

Pengguna juga dinasihatkan agar membuat pembayaran bil air mengikut tempoh waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya kesulitan akibat bekalan air dipotong kerana terlambat membayar bil air.


~TAMAT~


PRISCILLA ALFRED
Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat

More Press Release ...
SYABAS SYOR PENGGUNA SEGERA JELASKAN BIL AIR TERTUNGGAK 
SYABAS PERJELAS ISU KEJADIAN PAIP PECAH DI TAPAK PEMBINAAN MRT JALAN BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR  
GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL EKORAN PENUTUPAN SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR CHERAS BATU 11 DISEBABKAN PENURUNAN MENDADAK PARAS AIR SUNGAI LANGAT  
NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN KLANG/SHAH ALAM PADA 21 APRIL 2015 
SYABAS SYOR PENGGUNA SEGERA JELASKAN BIL AIR TERTUNGGAK 
STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI SEBAHAGIAN KAWASAN DI WILAYAH PETALING, HULU LANGAT, KUALA LANGAT DAN SEPANG  
STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI SEBAHAGIAN KAWASAN DI WILAYAH PETALING, HULU LANGAT, KUALA LANGAT DAN SEPANG 
GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI SEBAHAGIAN KAWASAN DI WILAYAH PETALING, HULU LANGAT, KUALA LANGAT DAN SEPANG 
GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BEBERAPA KAWASAN DI WILAYAH PETALING DAN HULU LANGAT DISEBABKAN KEJADIAN PAIP PECAH 
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9
Tuesday, 04 August 2015