Search SYABAS  
Home » Media »

Media :: Press Release

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH PETALING DAN KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN SEGERA

19 DISEMBER 2014

 

Kuala Lumpur– Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa sebahagian daripada beberapa kawasan di Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa kerja menaiktaraf sistem bekalan air yang dilaksanakan di dua kawasan berbeza seperti berikut:-

 

1.       WILAYAH PETALING 

Kerja-kerja penggantian Injap Kekupu bersaiz 600mm ‘Outlet’ Kolam Menara Tasik Prima Puchong, Wilayah Petaling. 

TARIKH/MASA GANGGUAN

23 Disember 2014 (Selasa), 10.00 pagi hingga 7.00 malam

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT 

Wilayah Petaling

Kawasan Tasik Prima 1 hingga 4; Puchong Utama 7; Prima Biz Hub;

Lake Belva dan Pangsapuri Seri Pelangi.

 

2.         WILAYAH KUALA LUMPUR 

Kerja-kerja penggantian Injap 700mm di ‘Inlet’ Compartment D, Pudu Hulu Baru, Wilayah Kuala Lumpur 

TARIKH/MASA GANGGUAN                  

23 Disember 2014 (Selasa), 8.00 malam hingga 6.00 pagi keesokan harinya

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT 

Wilayah Kuala Lumpur

Hospital Pantai, Cheras; Masjid Pandan Indah; seluruh kawasan Taman Cheras Utama, seluruh kawasan Pandan Perdana; seluruh kawasan Pandan Komersial; seluruh kawasan Pandan Indah; seluruh kawasan Cheras Indah; seluruh Jalan Pandan Utama; seluruh kawasan Taman Maju Jaya dan seluruh kawasan Pandan Mewah.

 

 

Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air dengan berhemah sepanjang tempoh gangguan berlaku. SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara ini akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; pengguna disarankan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi gangguan bekalan air ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’ atau muat turun aplikasi mySYABAS di telefon bimbit pintar pengguna.

 

Harap maklum.

 

 

PRISCILLA ALFRED

Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

More Press Release ...
BUDAYA INTEGRITI MANTAPKAN KUALITI PERKHIDMATAN KAKITANGAN SYABAS 
NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH GOMBAK, KUALA LUMPUR (17 Disember 2014 ) DAN PETALING (23 Disember 2014 ) 
SISTEM SMARTBALL – SATU LAGI TEKNOLOGI BAHARU SYABAS BAGI MENGURANGKAN KADAR AIR TANPA HASIL (NRW) DI NEGERI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA  
GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BEBERAPA KAWASAN WILAYAH SABAK BERNAM DISEBABKAN SEBAHAGIAN DARIPADA OPERASI LOJI RAWATAN AIR BERNAM RIVER HEADWORK DITUTUP SEMENTARA AKIBAT BANJIR  
GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BEBERAPA KAWASAN DI WILAYAH PETALING DAN KUALA LUMPUR DISEBABKAN PAIP PECAH DI JALAN PJU 6A/3A 
GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BEBERAPA KAWASAN WILAYAH HULU SELANGOR DISEBABKAN LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELISEK DITUTUP SEMENTARA AKIBAT BANJIR 
PERKHIDMATAN DAN INFORMASI SYABAS DIAKSES MELALUI SENTUHAN JARI PENGGUNA DI NEGERI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA - PELANCARAN PORTAL PERKHIDMATAN PENGGUNA DAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT SYABAS (mySYABAS) 
SYABAS SYOR PENGGUNA SEGERA JELASKAN BIL AIR TERTUNGGAK 
Pembayaran Bil Air Syabas Tidak Lagi Diterima Di Kaunter Pembayaran Telekom Malaysia Berhad 
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9
Saturday, 20 December 2014