Search SYABAS  

GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN KLANG/SHAH ALAM PADA 16 DAN 18 JULAI 2012

 

SIARAN SEGERA

9 JULAI 2012

 

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air sementara disebabkan kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor SYABAS. Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:

 

1.         SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-kerja Penggantian Injap Kupu-kupu 800mm Diameter di Persimpangan Jalan Tenteram ke Jalan Cheras, Wilayah Kuala Lumpur

TARIKH/MASA GANGGUAN

16 Julai 2012 (Isnin), 9 malam hingga 6 pagi keesokan harinya 17 Julai 2012 (Selasa).

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Lumpur

Taman Taynton View; Taman Segar; Taman Midah; Taman Ikan Emas; Taman Tenaga; Taman Cantik; Taman Bukit Ria; Taman Pertama; Taman Desa Aman; Taman Rajawali; Taman Cheras Makmur; Taman Sri Bahtera; Taman Supreme; Taman Cheras; Taman Bukit Mewah; sebahagian Kampung Cheras Baru; Kampung Semerah Padi; Kampung Bukit Tangki Air; Jalan Tenteram dan Jalan Yaacob Latif; Jalan Pudu Ulu; Jalan Salak Selatan; Jalan Cheras dari persimpangan Taman Midah sehingga persimpangan Jalan Jejaka.

 

 

2.         SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-kerja Pembaikan Paip SYABAS 1000mm Diameter Bocor di Jambatan Pulau Indah, Wilayah Klang/Shah Alam

TARIKH/MASA GANGGUAN

18 Julai 2012 (Rabu), 7 malam hingga 9 pagi keesokan harinya 19 Julai 2012 (Khamis)

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Klang/Shah Alam

Pulau Ketam; West Port; Kawasan Perindustrian Fasa 2, Pulau Indah; Kampung Pulau Indah; Armada Terminal, Pulau Indah; Flat Kastam, Pulau Indah; Marina Pulau Indah, Kampung Sungai Kembung; Terminal Star Cruise dan Kampung Telok Gong.

 

 

3.         SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-kerja bagi Program Penggantian Injap di Wilayah Kuala Lumpur (Pakej 8):

a)      Penggantian Injap Kupu-kupu 600mm Diameter di Susur Keluar Rumah Pam Jalan Kuching Arah Rawang

b)      Penggantian Injap Kupu-kupu 600mm Diameter di Jalan Kuching Arah Rawang (Bawah Jejambat Jalan Dutamas 2)

c)      Penggantian Injap Sluice 600mm Diameter di Jalan Kuching Arah Rawang Berhadapan The Mall

d)      Penggantian Injap Kupu-kupu 600MM Diameter pada Paip Inlet Rumah Booster Pump Bukit Maxwell Lama

TARIKH/MASA GANGGUAN

18  Julai 2012 (Rabu), 9 malam hingga 8 pagi keesokan harinya 19 Julai 2012 (Khamis).

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Lumpur

Sepanjang Jalan Duta termasuk Kondominium Duta Vista dan Sri Murni Apartment; seluruh Taman Duta; Jalan Kota, Lorang Kota 1 hingga 4; Jalan Semantan hingga Persimpangan Jalan Duta hingga persimpangan Jalan Dungun; Bangunan Kerajaan -- Istana Negara (Baru); Arkib Negara; Stadium Hoki; Mahkamah Sivil; Kompleks kerajaan; Masjid Wilayah; Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR); Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM); Lembaga Peperiksaan dan Pusat Perkembangan Kokurikulum; Taman Kok Doh; Taman Sejahtera; Taman Kok Lian; Taman City; Taman Sri Kuching; Taman Niaga Waris; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Jalan Saint Thomas; Jalan Khalsa; Taman Pelangi; Kampung Muthiah; Kampung Shak Mah; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chubadak Dalam; Kampung Chubadak Tambahan; Kampung Chubadak Tengah; Kampung Chubadak Jaya; Kampung Chempedak; Kampung Chempedak Hilir; Kampung Puah; Kampung Puah Seberang; Kampung Puah Bahagia; Taman Sentul Jaya; Taman Sentul Endah; Taman Sentul Bahagia; Taman Sentul Permai; Taman Dato’ Senu; Taman Sentul Pasar; Taman Bamboo; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut; Taman Segambut Indah; Kampung Batu; Kampung Batu 5; Kampung Seri Batu; Kampung Delima; Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Kampung Kovil Hilir; Hotel Pan Pacific; The Mall; Hentian Putra; Putra World Trade Centre (PWTC); Lorong Tun Ismail; Kondominium Villa Putra & Puteri; Kondominium Bistari; Sasana Kijang (Jalan Dato’ Onn); Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman; Galeri Kuala Lumpur; Perpustakaan Kuala Lumpur; Rumah Persekutuan; Jalan Maarof, Jalan Bangsar Utama 1 hingga 10; Jalan Travers, Jalan Limau Kasturi hingga Jalan Limau Purut, Jalan Johor, Jalan Kedah, Jalan Selangor, Jalan Terengganu, Jalan Perlis, Jalan Negeri Sembilan, Jalan Changat Damansara, Lorong Limau Manis 1 hingga 4, Jalan 1 hingga 82B; Jalan Institut Kesihatan Bangsar; Istana Perak; Istana Kedah; Jalan Istana, Jalan Bellamy, Jalan Bukit Petaling, Lengkok Bellamy; Istana Negara Lama; Kuarters Kerajaan Jalan Bellamy; Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Mohamed, keseluruhan Jalan Belfield, Jalan Stadium, Jalan Hang Jebat, Jalan Hang Kasturi, sebahagian Jalan Sultan Hishamudin; Stadium Negara dan Stadium Merdeka; Pejabat Kerajaan Jalan Maharajalela; Pos Malaysia; Bangunan Daya Bumi; Jalan Mahameru; Persiaran Mahameru; Jalan Perdana; Jalan Cenderawasih; Jalan Lembah; Jalan Cenderasari; Jalan Carruthers; Jalan Gallagher; Taman Tasik Perdana; Masjid Negara; Muzium Negara; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato’ Onn, Jalan Parlimen; Jalan Persiaran Ledang; Ibu Pejabat JKR; Jabatan Perdana Menteri; kawasan Tugu Negara; Bank Negara; Parlimen; Istana Selangor; Jalan Raja Laut; Jalan Tunku Abdul Rahman; Jalan Dang Wangi; Jalan Tiong Nam dan Jalan Semarang.

 

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

 

Harap maklum.

 


 

MS. PRISCILLA ALFRED

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

Tel       : 03-2088 5400                                      

Fax      : 03-2088 5288

Email   : priscilla@syabas.com.my

Friday, 25 July 2014