Search SYABAS  

GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA SELANGOR DAN HULU LANGAT PADA 10 DISEMBER 2012

 

SIARAN SEGERA

 

29 NOVEMBER 2012

 

GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA SELANGOR DAN HULU LANGAT PADA 10 DISEMBER 2012

 

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Selangor dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara disebabkan kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor SYABAS. Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:

 

1.         SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-kerja Penggantian Injap Kupu-kupu 600MM Diameter di Jalan Utama Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam, Wilayah Kuala Selangor

 

TARIKH/MASA GANGGUAN

10 Disember 2012 (Isnin), 10 malam hingga 5 pagi keesokan harinya 11 Disember 2012 (Selasa).

 

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Selangor

Taman Perumahan Taman Alam Jaya (TAJ); Taman Industri Alam Jaya (TIAJ) dan Taman Alam Perdana, Puncak Alam.

Jumlah Akaun Terlibat:  1,469

 

 

2.         SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-kerja Pemasangan Satu Unit Injap Sluice 250 MM Diameter di Sungai Jelok, Wilayah Hulu Langat

 

TARIKH/MASA GANGGUAN

10 Disember 2012 (Isnin), 11 malam hingga 5 pagi keesokan harinya 11 Disember 2012 (Selasa).

 

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Hulu Langat      

Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air:

Taman Permai; Taman Industri Ria dan Kawasan Pusat Perniagaan Sungai Jelok.

Jumlah Akaun Terlibat: 577

Kawasan yang akan mengalami tekanan air rendah:

Penjara Kajang; Bukit Mewah Fasa 6, 7 dan 8; Taman Sri Mewah; Taman Jasmin dan Tiara Resident.

Jumlah Akaun Terlibat:  5,560

 

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

 

- Harap maklum -

 

MS. PRISCILLA ALFRED

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

Tel        : 03-2088 5400                                         

Fax       : 03-2088 5288

Email    : priscilla@syabas.com.my

Wednesday, 22 October 2014