Search SYABAS  

GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, KUALA LUMPUR DAN KUALA LANGAT PADA 7 DAN 11 JUN 2012

SIARAN SEGERA

30 Mei 2012

 

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Petaling, Klang/ Shah Alam, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara disebabkan kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor SYABAS. Berikut merupakan tarikh perlaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:

 

1.         SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-kerja Penggantian Injap Kupu-kupu 600 MM Diameter di Glenmarie Berhampiran dengan Lebuhraya Persekutuan Arah Kuala Lumpur

TARIKH/MASA GANGGUAN

7 Jun 2012 (Khamis), 9.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya 8 Jun 2012 (Jumaat)

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Petaling

Taman Mesra, Petronas Batu 3 Lama dan sekitarnya; Institut Kemahiran Mara; sebahagian Kawasan Perindustrian Glenmarie, Jalan U1/73, U1/74 dan U1/78; Taman Glenmarie Estate; SMS PDRM; Jalan U1/84 – U1/85; TTDI Jaya – Jalan U2/1a sehingga U2/1k; Flat Seri Melewar; Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Monfort Boys School dan Petronas TTDI Jaya.

 

2.         SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-kerja Penggantian Injap Sesekat 600 MM Diameter dan Injap Udara 100 MM Diameter di Outlet Kolam Air Lipat Kajang (2MG A)

TARIKH/MASA GANGGUAN

7 Jun 2012 (Khamis), 3.00 petang hingga 3.00 pagi keesokan harinya 8 Jun 2012 (Jumaat)

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Klang/Shah Alam

Taman Petaling; Taman Selatan; Taman Chi Liung; Taman Palm Groove; Flat Perumahan Teluk Gedung Indah A; Rumah Teres Teluk Gedung Indah A; Flat Pandamaran Indah; Kampung Pendamar; Persiaran Raja Muda Musa; Telok Gadong Kecil; Teluk Gedong Besar; Kampung Raja Uda dan sekitarnya; sekitar Jalan Tengku Badar; sekitar Jalan Kastam; sekitar Pandamaran; sekitar Pandamaran Jaya; Hospital Tengku Ampuan Rahimah; Selat Selatan, Sobena Jaya dan sekitarnya; Taman Gembira; Taman Radzi; Taman Kampung Idaman; Jalan Raja Lumu dan sekitarnya; Taman Perindustrian Pandamaran Jaya; sekitar Jalan Uganda; Taman Menara Maju; Jalan Sungai Jati; Jalan Raja Nong; Taman Berembang; sekitar Jalan Seruling 59; Taman Klang Jaya; Taman Desawan; Taman Desa Utama; sekitar Jalan Tun Sambathan; sekitar Jalan Kem; sekitar South Port; Hospital Bersalin Razif dan Perindustrian Pandamaran.

 

3.         SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-kerja Pemasangan 2 Injap Kupu-kupu Baru Bersaiz 450 MM di Paip Outlet Kolam Sedutan Pudu Ulu Lama, Wilayah Kuala Lumpur

TARIKH/MASA GANGGUAN

11 Jun 2012 (Isnin), 8.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya 12 Jun 2012 (Selasa)

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Lumpur

Jalan Tenteram/ Jalan Yaacob Latif; Taman Bukit Ria; Taman Pertama; Taman Desa Aman; Taman Cheras Makmur; Taman Sri Bahtera; Taman Rajawali; Taman Bukit Mewah; Jalan Kuari Bukit A dan sebahagian Kampung Cheras Baru; Kampung Semerah Padi; Kampung Bukit Tangki Air; Hospital Pantai Cheras; Caring Dialysis, Taman Midah; S.H Quality Care Sdn Bhd, Taman Midah; seluruh kawasan Taman Midah dan seluruh kawasan Taman Cheras.

 

4.         SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-kerja Pemasangan Electromagnetic Meter serta Sistem Bypass 600 MM Diameter di Kampung Tumbuk, Tanjung Sepat, Wilayah Kuala Langat

TARIKH/MASA GANGGUAN

11 Jun 2012 (Isnin), 9.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya 12 Jun 2012 (Selasa)

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Langat

Kampung Tembok; Kampung Tembok Darat; Kampung Tembok Pantai; Kampung Baru Tanjung Sepat; Kampung Tanjung Sepat Darat; Kampung Tanjung Sepat Indah; Taman Mutiara; Taman Pelangi; Taman Tanjung; Taman Harmoni; Pekan Tanjung Sepat; Kilang Ais Atlas; Kampung Kundang; Kampung Batu Laut; Kampung Tanjung Layang; Ladang Bedford; Kampung Kundang Pantai; Ladang Batu Untung; Telok Gadong; Kampung Orang Asli Tanjung Sepat; Taman Batu Untung; Taman Gadong; Klinik Tanjung Sepat, Kilang Happy Alliance; Kampung Kanchong Laut; Kampung Endah; Morib; Kampung Tali Air; Tongkah, Kampung Air Tawar; Taman Seri Bayu; Taman Desa Tongkah; Taman Kanchong Laut; Taman Morib Indah; Taman Morib; Taman Seri Desa; Hotel Gold Coast Morib; Hotel Impian Morib; Rumah Peranginan Kerajaan Pantai Morib dan Pantai Morib.

 

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

 

Harap maklum.

 

ABDUL HALEM BIN HAJI MAT SOM

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat

Tel       : 03-2088 5400           

Faks     : 03-2088 5288           

Email    : halem@syabas.com.my

 


 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

MS. PRISCILLA ALFRED

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

Tel        : 03-2088 5400                                         

Fax       : 03-2088 5288

Email    : priscilla@syabas.com.my

Thursday, 02 October 2014