Search SYABAS  

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI SEKITAR KAWASAN KLANG AKIBAT PENURUNAN PARAS KOLAM UTAMA

SIARAN SEGERA

SIARAN MEDIA            


15 OKTOBER 2012

 

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI SEKITAR KAWASAN KLANG AKIBAT PENURUNAN PARAS KOLAM UTAMA

 


Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau telah diaktifan di SYABAS Wilayah Klang berikutan penurunan paras kolam-kolam utama milik SYABAS, iaitu Kolam Bukit Mayong, Kolam Lam Bee dan Kolam Lipat Kajang dan yang dikesan semenjak petang tadi.

 

Untuk makluman, ketiga-tiga kolam ini menerima bekalan air terawat daripada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) yang diuruskan oleh operator loji Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. Pihak SYABAS telah dimaklumkan bahawa oleh Puncak Niaga bahawa LRA SSP2 telah terpaksa dihentikan operasinya pada jam 2.30 petang tadi disebabkan terdapat kerosakan pada injap ’bypass’ di loji tersebut. Walau bagaimanapun, SYABAS telah sekali lagi dimaklumkan bahawa loji berkenaan telah beroperasi semula pada jam 6.00 petang tadi.

 

Berikutan kejadian penutupan sementara loji tersebut, Kolam Bukit Mayong, Kolam Lam Bee dan Kolam Lipat Kajang yang membekalkan air ke sekitar kawasan Klang telah mengalami penurunan paras air serta mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan lebih kurang 22,679 akaun pengguna. Berikut merupakan kawasan-kawasan yang terlibat :

 

1) Seluruh Kawasan Taman Andalas
2) Taman Sentosa
3) Jalan Tun Razak
4) Jalan Raja Nong
5) Jalan Uganda
6) Jalan Penghulu Abu Bakar dan kawasan sekitar

 

Pihak SYABAS menjangkakan sebahagian kawasan lain akan terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini disebabkan tempoh masa pemulihan bekalan air yang mengambil masa lebih kurang tiga (3) hari ekoran kadar penggunaan air yang tinggi (rujuk senarai kawasan yang dijangka akan terganggu seperti di lampiran).

 

Sementara itu, SYABAS turut menyediakan sebanyak 6 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia untuk membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat.

 

Para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pembaikan paip tersebut. Mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

 

- tamat -

 

MS. PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar,
Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

Tel : 03-2088 5276    

Fax  : 03-2088 5288

Email   : priscilla@syabas.com.my

Sunday, 26 October 2014