Search SYABAS  

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH GOMBAK AKIBAT KEGAGALAN SISTEM RUMAH PAM WANGSA MAJU

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Wilayah Gombak. Gangguan ini berlaku disebabkan kegagalan sistem rumah pam wangsa maju apabila salah satu daripada empat (4) buah pam telah berhenti beroperasi pada pukul 5.30 petang pada 27 April 2013.

 

Pada kebiasaannya, sebanyak (4) empat buah pam beroperasi bagi membekalkan air kepada para pengguna berikutan permintaan yang tinggi di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak. Walaubagaimanapun, kesemua pam tersebut telah mengalami kegagalan dan berhenti beroperasi pada pukul 8.30 malam, 27 April 2013. SYABAS telah mengambil tindakan segera dengan mengesan punca kegagalan sistem pam tersebut dan tiga (3) buah pam telah dapat beroperasi semula pada pukul 3.15 pagi, 28 April 2013. Namun begitu, operasi tiga pam tersebut masih tidak dapat menampung kegunaan para pengguna di kedua-dua wilayah. Hasil tindakan segera dan pemantauan secara berterusan oleh SYABAS, empat (4) buah pam telah beroperasi seperti biasa pada pukul 1.50 petang hari ini.

 

Untuk makluman, SYABAS akan terus memantau dan mengurus operasi Rumah Pam Wangsa Maju bagi mengurangkan kawasan gangguan yang terlibat. Antara kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini adalah seperti berikut:

 

Wilayah Gombak:

Bil

Kawasan

Bil

Kawasan

1

AU 1

8

Desa Setapak

2

AU2

9

Wangsa Melawati

3

AU3

10

Taman Sri Rampai

4

AU4

11

Taman Permata

5

AU5

12

Tasik Tambahan

6

Taman Sri Keramat

13

Taman Ampang Campuran

7

Keramat

14

Ampang Tasik Permai

Jumlah Akaun: 12,000

 

Selain itu, SYABAS menjangkakan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat-peringkat sehingga malam esok bergantung kepada keupayaan sistem di Rumah Pam Wangsa Maju. SYABAS akan melakukan pemantauan di kolam-kolam perkhidmatan yang terjejas supaya tempoh pemulihan bekalan air di semua kawasan terlibat dapat dipulihkan dengan segera. SYABAS juga telah meletakkan lori-lori tangki dalam keadaan siapsedia untuk membantu membekalkan air kepada para pengguna yang terjejas dengan kejadian ini.

 

Mengikut rekod sehingga 12.00 tengahari, 28 April 2013, SYABAS telah merekodkan sebanyak 412 aduan berhubung ketiadaan air dan sebanyak 67 aduan tekanan air rendah di Wilayah Gombak.

 

Oleh yang demikian, SYABAS mengharapkan agar para pengguna dapat menggunakan air sebaik-baik mungkin dan dengan cara yang paling berhemah bagi mengelakkan sebarang pembaziran berlaku. Mereka yang memerlukan maklumat lanjut disarankan agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak>aduan / pertanyaan dan hantar kepada 39222. Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

 

-tamat-

 

Saturday, 25 October 2014