Search SYABAS  

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR PADA 12 DISEMBER 2013

KENYATAAN MEDIA

SIARAN SEGERA

5 DISEMBER 2013

 

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR  PADA 12 DISEMBER 2013 

 

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja yang akan dijalankan bagi menaiktaraf sistem bekalan air. Berikut merupakan tarikh perlaksanakan kerja-kerja tersebut:

 

1.       SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-Kerja Menaiktaraf ‘Strainer' di Kolam Imbangan Pudu Hulu Baru (Petak C)

 

TARIKH/MASA GANGGUAN

12 Disember 2013 (Khamis), 9.00 pagi hingga 11.00 malam

 

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Lumpur

Taman Bukit Permai; Taman Mastika; Kampung Cheras Baru (Bukit A,B,C); Taman Lembah Maju; Taman Pandan Mewah; Taman Putra; Taman Mawar; Taman Muda; Taman Teratai; Taman Saga; Taman Melur; Taman Mega Jaya dan Taman Seraya.

Jumlah Akaun Terlibat:  17,388

 

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara ini akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

 

Harap maklum.

 

PRISCILLA ALFRED

Penolong Pengurus Besar

Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

Thursday, 24 July 2014