Search SYABAS  

Status Terkini Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan gombak

KENYATAAN MEDIA                          

3 JANUARI 2012

(MAKLUMAN MEDIA NO. 2)

 

 

 STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin mengemaskini laporan tentang status terkini Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning yang telah diaktifkan pada 6.00 petang, 1 Januari 2013 di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan kegagalan sistem pam Wangsa Maju dan di rumah pam di Pudu Hulu Baru.

 

Kerja-kerja pembaikan pam di Rumah Pam Wangsa Maju telah siap dilakukan pada jam 11.45 pagi semalam (2 Januari 2013) yang mana pada masa ini, rumah pam berkenaan telah beroperasi semula, tetapi pada kadar yang lebih rendah iaitu lebih kurang 170 Juta Liter Sehari (JLH) dibandingkan dengan keadaan biasa iaitu pada kadar melebihi 200JLH.

 

Bagi Rumah Pam Pudu Hulu Baru pula, kerja-kerja pembaikan terhadap papan suis utama yang mengalami kerosakan telah siap dibaiki sepenuhnya pada jam 5.00 pagi tadi, 3 Januari 2013. SYABAS juga ingin memaklumkan bahawa pengaktifan semula sistem pam di rumah pam Pudu Hulu Baru telah dimulakan semula pada jam 12.00 tengahari tadi. Dengan pengaktifan semula operasi pam ini, para pengguna yang memperoleh bekalan air menerusi rumah pam Pudu Hulu Baru ini atau lebih kurang sebanyak 18,000 akaun pengguna dijangka akan memperoleh semula bekalan air secara berperingkat-berperingkat. Pemulihan sepenuhnya di kawasan ini dijangka akan mengambil masa sehingga 5 hari.

 

Pada masa ini, SYABAS masih menggerakkan sebanyak 40 buah lori tangki air dan turut meletakkan sebanyak 174 buah tangki air statik ke kawasan-kawasan yang terjejas di kedua-dua wilayah ini. SYABAS juga turut mendapat bantuan daripada syarikat-syarikat air lain seperti dari Lembaga Air Perak (LAP) yang telah memberikan bantuan lori tangki air sebanyak 4 buah, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sebanyak 2 buah, Syarikat Air Johor (SAJ) sebanyak 8 buah dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) turut menyediakan sebuah lori tangki air semenjak 2 Januari 2013.

 

SYABAS akan terus melakukan pemantauan berterusan dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan terus kepada para pengguna berhubung perkembangan terkini status gangguan bekalan air tidak  berjadual yang berlaku ini. Justeru itu, orang ramai dinasihatkan agar terus menggunakan air secara berhemah dan berjimat cermat sepanjang tempoh gangguan ini berlaku bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi.

 

Para pengguna yang mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan disarankan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) menerusi talian bebas tol yang beroperasi 24 jam sehari, di talian 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak>aduan / pertanyaan dan hantar kepada 39222. Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

 

 -tamat-

 (tambahan info kawasan gangguan yang terlibat)

 

SENARAI KAWASAN GANGGUAN BEKALAN AIR

 

Wilayah Kuala Lumpur

 

SUMBER BEKALAN AIR MELALUI RUMAH PAM WANGSA MAJU

1

Flat DBKL Dato’ Keramat

15

Taman Cempaka

2

Jalan Padang Tembak

16

Taman Bakti

3

Jalan Semarak

17

Taman Nirwana

4

Jalan Gurney

18

Kampung Pandan Dalam

5

Kementah

19

Taman Cahaya

6

Pulapol

20

Pandan Cahaya

7

Wisma Tanah

21

Taman Dagang

8

JUPEM

22

Taman Shamelin

9

UTM

23

Taman Tenaga

10

FELDA

24

Taman Miharja

11

Pusat Latihan Telekom

25

Taman Kobena

12

Jalan U Thant

26

Bandar Sri Permaisuri

13

Jalan Ampang Hilir

27

Desa Pandan

14

Taman Pandan Jaya

28

Flat Sri Melaka

Jumlah Akaun : 28,368

SUMBER BEKALAN AIR MELALUI RUMAH PAM PUDU HULU 

1

Taman Muda

5

Taman Teratai

2

Taman Seraya

6

Taman Mega Jaya

3

Taman Bukit Permai

7

Kampung Cheras Baru

4

Taman Melur

8

Taman Saga

Jumlah Akaun : 18,000

Jumlah Keseluruhan Akaun : 46,368

 

Wilayah Gombak

 

SUMBER BEKALAN AIR MELALUI RUMAH PAM WANGSA MAJU

1

Kampung Baru Ampang

28

Kampung Kemensah

2

Kampung Melayu Ampang

29

Kampung Lembah Jaya

3

Taman Hillview

30

Kampung Pinggir Tiga Jaya

4

Bukit Jobina

31

Kampung Tengah Lembah Jaya

5

Taman Dato Ahmad Razali

32

Lembah Jaya Utara

6

Taman Bukit Indah

33

Lembah Jaya Selatan

7

Taman TAR

34

Sri Rampai

8

Kampung Tasek Permai

35

Taman Ampang

9

Ukay Heights

36

Taman Dagang Permai

10

Ampang Jaya

37

Taman Pandan Ria

11

Dataran Ukay

38

Taman Permai Jaya

12

Pinggiran Ukay

39

Taman Permata

13

Sri Ukay

40

Taman Saujana Ampang

14

Beverly Heights

41

Tasek Tambahan

15

Ampang Indah

42

Taman Ampang Mewah

16

Ampang Saujana

43

Taman Ampang Utama

17

Ampang Water Front

44

Taman Bukit Ampang

18

Bandar Baru Ampang

45

Taman Cahaya Ampang

19

Bukit Ampang Permai

46

Taman Dagang Jaya

20

Bukit Indah

47

Taman Halaman

21

Desa Lembah Permai

48

Taman Kesuma Ampang

22

Desa Setapak

49

Taman Kosas

23

Jalan Ampang

50

Taman Mulia Jaya

24

Kampung Bukit Sungai Puteh

51

Taman Rasmi Jaya

25

Keramat AU 1 hingga AU 5

52

Taman Sri Ampang

26

Kampung Ampang Campuran

53

Taman Watan

27

Kampung Indah Mulia

54

Wangsa Melawati

Jumlah Keseluruhan Akaun : 61,392

 

 Pricilla Alfred

Penolong Pengurus Besar,

 Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

Sunday, 21 December 2014