Search SYABAS  

Gangguan Bekalan Air: Daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang

SIARAN MEDIA

23 OKTOBER 2016 (1300jam)

 

Kuala Lumpur – Beberapa kawasan di Daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang sedang mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran penutupan Loji Rawatan Air Sg. Semenyih akibat pencemaran bau air sungai pada pukul 7:30 pagi pada 23 Oktober 2016.

 

Pencemaran bau air sungai disyaki berpunca daripada kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

 

Kawasan-kawasan utama dan persekitaran yang sedang mengalami gangguan bekalan air sementara ini adalah seperti berikut;

 

  • Daerah Hulu Langat: Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching.
  • Daerah Kuala Langat: Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang.
  • Daerah Petaling: USJ 1- 27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang
  • Daerah Sepang: Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sg. Merab. 

Sila tekan sini untuk lampiran senarai terperinci kawasan yang mengalami gangguan bekalan air. 

 

Penghantaran bekalan air bantuan sedang diuruskan dengan lori tangki ke kawasan terlibat dan premis kritikal, seperti hospital dan pusat dialisis.

 

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini dan terperinci kawasan-kawasan yang terlibat melalui aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS” dan www.syabas.com.my.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

 

Dikeluarkan oleh:

Amin Lin Abdullah

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat

Kumpulan Air Selangor