Search SYABAS  

Kerja Pembaikan Perkakasan di Rumah Pam Air Estet Kepong Selesai

SIARAN MEDIA

11 Ogos  2017

 

Kerja-kerja pembaikan perkakasan di Rumah Pam Air Estet Kepong telah selesai dilaksanakan pada jam 1.00 pagi hari ini (11 Ogos 2017) dan rumah pam kembali beroperasi sepenuhnya.

 

Bekalan air ke kawasan Gombak sudah pulih sepenuhnya manakala sebahagian besar kawasan di Kuala Lumpur telah pulih kecuali beberapa kawasan masih dalam proses pemulihan. Premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan akan mengambil sedikit masa.

 

Bekalan air bantuan masih dihantar ke premis-premis yang memerlukannya. Sila hantar SMS ke 15300 (Taip: Tanker Nama & Alamat) untuk memohon bekalan air bantuan.


Sila rujuk www.syabas.com.my, atau aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai status pemulihan.