Search SYABAS  

Mesej viral tidak sahih

23 DISEMBER 2017

 

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin menafikan mesej yang tersebar mengenai SYABAS mengenakan RM3 jika pengguna ingin mendapatkan bil air melalui Pos Malaysia bermula 1 Januari 2018. SYABAS tidak akan mengenakan apa-apa caj untuk penghantaran bil air melalui pos.

 

SYABAS menyarankan pengguna berwaspada dengan mesej viral sebegini dan untuk maklumat lanjut pengguna boleh melayari www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas” atau berhubung terus dengan Pusat Panggilan SYABAS di talian bebas tol 15300.

 

SYABAS kini sedang menuju ke arah ‘Mesra Alam’ dengan memperkenalkan perkhidmatan e-bil yang baharu. Daftar dan kemaskini maklumat anda di https://update.airselangor.com  untuk menerima e-bil anda bermula Januari 2018.