Search SYABAS  

Nasihat Penggunaan Air Secara Berhemat

 

SIARAN MEDIA

22 Mei 2017

 

Jabatan Meteorologi Malaysia telah memaklumkan bahawa Monsun Barat Daya yang sedang melanda Semenanjung Malaysia akan berterusan sehingga September 2017. Taburan hujan dijangka akan berkurangan dan cuaca panas berpanjangan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

Permintaan dan penggunaan air yang bertambah tinggi di kalangan pengguna  semasa musim panas dijangka akan menyusutkan paras kolam-kolam takungan dan imbangan, terutamanya di Loji Rawatan Air SSP1, SSP2, SSP3, Semenyih dan Langat.

 

Sehubungan itu pengguna-pengguna dinasihatkan bersedia menghadapi situasi cuaca panas ini dengan menggunakan air secara berhemat. Penggunaan air untuk tujuan tidak penting, seperti mencuci kenderaan, mencuci longkang, menyiram pokok hiasan dan lain-lain lagi perlu dihentikan sepanjang tempoh ini untuk menjimatkan air

 

Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai bekalan air anda.